PERANAN MASJID ATAU SURAU
Institusi masjid ialah tempat suci yang menjadi tunjang islam tanpa dinodai oleh anasir-ansir negatif yang bertentangan dengan ajaran islam yang berlaku bukan sahaja dalam kawasan masjid tetapi juga dalam mukin atau daerah di mana masjid itu terletak
Pada kurun akhir ke 17 Ommadal merupakan sebuah pulau penempatan dan laluan kepada kapal-kapal dagang antarabangsa. Pulau ini berfungsi sebagai satu kawasan perkampungan dan menjadi persinggahan para pedagang luar Negara terutamanya dari Negara Phlippine, Indonesia dan Negara-negara lain dunia.
Tokoh agama tempatan sepakat untuk membangunkan masjid sebagai tempat ibadat yang dikenali surau / Langgal menurut bahasa athnic bajau tempataan.
Pada kurun ke 18, surau ini beratapkan daun nipah dari kayu-kayu hutan dan pada kurun ke 19 pula, surau ini telah beratapkan sirap yang diperbuat daripada kayu bulian yang berdindingkan papan.
Dizaman, pimpinan imam Penglima Mallang bin Jamlang dan imam Barudin@baru bin Jamlang Masjid Awwaludin telah berubah sekali lagi pada tahun 1974. Binaan masjid telah diganti dengan tapak konkrit/semen hasil sumbangan penduduk kampong dan pertubuhan USIA/Pertubuhan Islam Sabah. Yang diterajui oleh Panglima Haji Sattari bin Ajalis bin Jamlang, Penglima Sabtuhari bin Gani, Imam Abu Jahal bin Abu Jaile bin Jamlang dan imam haji Laya bin imam Mallang bin Jamlang.
Masjid Awwaludin, ketika Malaysia di arus pembangunan tahun 2000, Pewaris masa kini, ialah, panglima Aplani bin ladjani bin mallang bin jamlang. JKK Jimlan bin sabtuhari bin Gaai, haji imam Ganduling bin sambilan bin mallang bin jamlang bin Akamuddin dan imam julaili bin paharun bin mallang bin jamlang bin akamudin.
Harapan masyarakat terletak kepada mereka ini yang memimpin maju atau mundurnya Ommadal
SEJARAH TAPAK MASJID AL IMANU AWALUDDIN
MASARAKAT BAJAU KUBANG telah membangunkan tapak masjid di daerah semporna semanjak tahun 1924 dan sebelum Malaysia merdeka.
Tokoh agama tempatan sepakat untuk membangunkan masjid sebagai tempat ibadat yang dikenali Surau atau Langgal menurut bahasa athnic bajau tempataan. Diantara tokoh dan pengasas yang membangunkan sebelum ini ialah
Jaamudddin bin Akamuddin ayah kepada Penglima Saili, Immam Jamlang, Kayang, Laile dan lain-lain. Pada kurun ke 19, surau ini beratapkan daun nipah dari kayu-kayu hutan dan seterusnya Perubahan demi perubahan Sekarang sudah jadi tapak konkrit/semen hasil sumbangan penduduk kampong dan pertubuhan USIA/Pertubuhan Islam Sabah. Yang diterajui oleh Panglima Haji Sattari bin Ajalis bin Jamlang, Penglima Sabtuhari bin Gani, Imam Abu Jahal bin Abu Jaile bin Jamlang dan imam haji Juhul /Laya bin imam Mallang bin Jamlang.
Harapan masyarakat terletak kepada mereka ini yang memimpin maju atau mundurnya Kampong Omadal.

Tiada ulasan:
Catat Ulasan