Rabu, 21 Julai 2010

dipersembahkan : 20.03.2011 / ahad 


Bicara Bacaan Talkin 

1        SUBAHALLAH / Maha Suci Allah Yang Maha Kuasa Lagi Kekal tanpa kesudahan. Maha Suci Allah yang telah mengatur manusia seluruhnya dan terpaksa menumpuh kematian supaya dapat dicuba dan diuji Nya. Sesiapa sahaja diantara manusia yang telah mengerjakan amal soleh  dan membuat kebajikan. Maka segala derma dan hasil dari amalan mereka semuanya akan dapat dilihat satu persatu pada hari yang ditetapkan Tuhan.

 2      Setiap yang bernyawa pasti akan merasai mati. Segala sesuatu yang lain daripada Allah taala tetap akan rosak dan binasa kerana Allah yang mengatur segala-galanya dan kepada Allahlah akan kembali sekalian kita. Maka berbahagialah sesiapa juga yang terselamat dan terlepas dari azab api neraka dan seterusnya mendapat anugerah nikmat yang berkekalan didalam syurga. Segala nikmat dan kesedapan yang bercorak keduniaan semuanya hanyalah untuk semantara sahaja.

 3     Allah menjadikan kamu sekalian daripada tanah, ke dalam tanah pula kamu akan dimasukkan dan daripada tanah juga kamu akan dikeluarkan semula. Allah menjadikan kamu supaya menanggung amanah dan menjalankan kewajipan selama kamu hidup di dunia. Kemudian dimasukan kamu kedalam tanah untuk menjadi mangsa dan makanan ulat serta cacing yang tidak mengenal kamu siapa dan tidak teragak-agak atau bertempoh lagi membahang dan memamah kamu sehingga berkecai dan hancur lebur segala urat daging kamu tanpa meninggalkan seberang sisa.

 4       Hinggalah Allah memerintahkan malakiat Israfil meniup sangkala maka dihidupakan kamu semuanya dengan serantak dan semasa untuk dibawa kehadapan mahakamah Rabbul Jalil, disanalah segala amalan dan pekerjaan kamu diperiksa, buruk dan baiknya semuanya dibicarakan untuk dihukum dengan pembalasan yang setimpal atau diberi ganjaran dengan adil dan seksama.

5        Aku bersumpah dengan nama Allah Yang Maha Besar, dengan nama rassulnya yang mulia dan di atas agama islam yang maha suci. Apa yang akan disebut ini adalah perkara-perkara yang telah dijanjikan oleh Allah SWT. Dan amatlah benar segala rasul-rasulnya yang telah menyampaikan janji itu.

 6        Wahai Saudaraku …………………… bin………………..

(sebut nama si mayat)

Wahai Saudaraku …………………… bin………………..

semoga Allah kurniakan belas kasihan ke atas saudara. Ketahuilah bahawa segala nikmat dan kesedapan dunia telah hilang daripada saudara sekarang, Saudara telah masuk ke dalam sampadan akhirat dan tinggal disini sehingga hari qimat.

Wahai Saudaraku …………………… bin………………..

janganlah sekali-kali lupakan pengakuan dan perjanjian kita di dunia iaitu kalimah :-

Assahaduallah Ilaha Illah Wa Asahadun Anna Muhammad Rasullah.

Aku Naik Saksi Bahawa Tiada Tuhan Yang Layak Disembah Melainkan Allah Dan Aku Naik Saksi Bahawa Muhammad Itu Rasullah.

7        Apabila datang dua malaikat yang ditugaskan memeriksa saudara dengan perintah Allah janganlah saudara gentar dan takut, kerana mereka juga makhaluk Allah seperti saudara. Mereka akan bertanya:-

Siapa Tuhan yang saudara sembah?. Siapa nabi saudara?. Apa Iktikad dan kepercayaan saudara?. Dan atas agama apakah saudara hidup dan mati?.

Katakanlah kepada mereka, 

Allah Tuhan Ku yang sebenar-benar,  Bila ditanya lagi, jawablah juga,  Allah Tuhan Ku yang sebenar-benarnya. Bila ditanya lagi bagi kali yang ketiga iaitu, yang terakhir. Maka jawablah dengan lidah yang lencar tanpa takut dan gentar kepada mereka. 

Allah Tuhan Ku, Muhammad Rasullah nabiku, Islam agama ku,  Al Quran paduman dan ikutanku, Baitulah Kiblat ku,   Sembahayang kewajipan ku, Sekalian orang islam adalah saudara-saudara ku, Ibrahim bapa pada agama ku, hidup dan mati ku adalah di atas kalimah :-  

Laillaha illallahu Muhammadur rasullah

8      Ingatlah dan peganglah bersungguh-sungguh kenyataan dan pesananku ini selama-lamanya. Ketahuilah saudara akan berada di Alam Barzah  ini sehingga hari kiamat. Sekiranya ditanya saudara dari hal Muhammad, maka katakanlah bahawa Muhammad itu adalah pesuruh Allah dan utusannya yang telah menyampaikan kepada kami segala keterang-keterangan dan tanda-tanda daripada Allah, maka kami telah beriman dan menurut ajarannya. Setelah selasai pemeriksaan berserahlah diri saudara kepada Allah Yang Maha Esa yang memiliki Aras Yang Maha Agung.

9       Ketahuilah wahai saudaraku, bahawasahnya mati itu benar. Memasuki keliang Kubur itu benar. Soalan Munkar dan Nakir di dalam kubur itu benar. Dibangkitkan manusia untuk diperiksa amalanya itu adalah benar. Melalui Titi Siratul Mustaqim, balasan nikmat syurga dan pembelasan seksa neraka semuanya benar belaka dan tetap berlaku.

10.    Dan bahawasahnya Hari Kimat tetap akan tiba tanpa syak dan ragu-ragu lagi. Maka Allah akan menghidupkan sekalian manusia wahai saudaraku.

11.     Selamat tinggal buat selama-lamanya dan kami serahkan saudara kepada Allah yang maha pengasih dan penyayang semoga dicucurinya rahmat dan keampunannya ke atas saudara.       

Allahumma Ya Allah Ya Allah Yang Maha Besar, Ya Allah Yang Maha Kuasa, Ya Allah Yang Maha Pengasih dan Penyayang  Kurniakanlah limpah rahmatmu kepada saudara kami hambamu ini. Ampunkanlah dosa dan kesalahanya dan ampunkanlah dosa  dan kesalahan kami Ya Rabbal Alam min

12.    Wahai Saudara!. / Ingatlah pesanan ku yang terakhir bahawasahnya ;

Allah Tuhan kita, Islam satu-satunya agama kita dan Muhammad SAW Rasullah Nabi kita. Kepada Allah kami berharap memberi perlindungan kepada mu. Mengampuni dosa kesalahan mu serta menerima segala amalan kebajikan yang telah saudara tunaikan. Amin . . . .

13    Allahu Ya Latifuh, Allahu Ya Samaie terimalah rayuan hamba mu yang lemah ini. Kamai merayu dengan perasaan yang sedih dan hati yang penuh pengharapan serta berkat kemuliaan Rasul Mu, bahawa tidaklah kiranya mayat saudara kami ini diseksa dan diazab.  

Tiada ulasan:

Catat Ulasan